2,000 iPhones PERCUMA kepada Penumpang Yang Kuarantin Covid-19

Kerajaan Jepun Memberi 2,000 iPhones PERCUMA kepada Penumpang Yang Dikuarantin dalam Kapal yang Terjejas dengan Coronavirus

Jadi, anda berada di sebuah kapal pelayaran dengan orang-orang yang menawan dan segala-galanya adalah seronok dan hebat sehinggalah tiba-tiba anda mengetahui anda berada di atas sebuah kapal yang mempunyai virus yang sangat bahaya dan anda tidak dibenarkan untuk beredar kerana ditakuti akan merebak. Keadaaan bertukar dari cerah ke gelap dalam masa yang cepat.

Sebenarnya inilah yang sedang berlaku kepada 3,500 penumpang dan krew kapal di luar pantai Jepun  seperti yang dilaporkan oleh Business Insider, disebabkan oleh coronavirus Covid-19, 170 penumpang di atas kapal telah dijangkiti dan untuk mengelakkan dariapada tersebar lebih luas, SEMUA penumpang kini telah ditahan selama 10 hari.

Sebagai cara untuk menangani apa yang saya pasti adalah kebosanan dan rasa tidak puas hati dari penumpang dan staf kapal, Kerajaan Jepun mendapat idea kreatif dan sangat murah hati. Kementerian Kesihatan, Buruh, dan Kesejahteraan Jepun dan Syarikat Telekomunikasi Jepun SoftBank mengagihkan 2,000 iPhones, satu per kabin, untuk semua yang berada di atas kapal itu.

Kesemua telefon yang diagihkan datang dengan aplikasi yang membolehkan mereka meminta ubat, menetapkan temujanji dengan doktor, dan menerima maklumat daripada pegawai kesihatan. Apabila ditanya mengapa aplikasi itu tidak boleh dimuat turun di telefon asal mereka, ia dikatakan bahawa terdapat masalah dengan mendaftarkan aplikasi itu pada telefon yang tidak dibeli dari negara Jepun sendiri.

Terdapat perbincangan daripada pihak netizen tentang tindakan kerajaan Jepun itu. Ada yang menjelaskan lagi jenis Iphone yang diberikan kepada orang yang berada diatas kapal itu.

“Berdasarkan daripada gambar, dan tidak dipastikan di teks, Iphone yang diberikan adalah Iphone 6S, bukanlah yang terlalu canggih”

Dan ada yang memberi komen tentang aplikasi yang terdapat dalam telefon yang diberikan itu.

“Saya tahu aplikasi itu dibuat oleh kerajaan Jepun dan peranti  hanya boleh didaftar di Jepun sahaja. Tetapi kenapa tidak membuka aplikasi itu untuk peranti yang berdaftar dengan negara lain yang juga berada pada situasi sekarang ini? Bukankah itu lebih mudah dan jimat.”

Sumber: Business Insider dan Reddit

This website uses cookies.