Angkasawan ini berkongsi Tips Pengasingan Diri

Scott Kelly di dalam simulator Soyuz di Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin di Star City, Rusia, sebagai persediaan untuk perjalanan ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Kredit Bill Ingalls / NASA

Saya Tinggal di Angkasa Lepas untuk Setahun, dan Saya Mempunyai Tips Pengasingan Diri untuk Dikongsi

Duduk di rumah tanpa ke mana-mana boleh menjadi satu cabaran. Apabila saya tinggal di Stesen Angkasa Antarabangsa selama hampir setahun, ianya tidak mudah. Apabila saya tidur, saya masih di tempat kerja. Apabila saya bangun, saya masih bekerja. Terbang di angkasa mungkin satu-satunya pekerjaan dimana anda tidak boleh berhenti.

Tetapi saya belajar beberapa perkara semasa saya di sana yang saya ingin kongsikan – kerana ia akan menjadi berguna sekali lagi, kerana kita semua sedang mengurung diri di rumah untuk membantu menghentikan penyebaran coronavirus. Berikut adalah beberapa petua tentang hidup dalam pengasingan, dari seseorang yang telah berada di dalam keadaan yang sama.

1. Mengikut jadual

Di stesen angkasa, jadual waktu saya sangat ketat, dari saat saya bangun sehingga saya tidur semula. Kadang-kadang ini melibatkan aktiviti di ruang angkasa yang tempohnya hingga lapan jam; pada masa yang lain, ia melibatkan tugasan yang hanya lima minit, seperti memeriksa bunga eksperimen yang saya tumbuh di ruang angkasa. Anda akan dapat memastikan dengan pelan waktu, ia akan membantu anda dan keluarga anda menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan kehidupan rumah yang berbeza. Apabila saya kembali ke Bumi, saya rindu akan struktur yang disediakan semasa di angkasa dan mendapati sangat sukar untuk hidup tanpanya.

2.Tetap dalam kelajuan(pace) masing-masing

Apabila anda tinggal dan bekerja di tempat yang sama selama beberapa hari, kerja boleh mengambil alih segala-galanya jika anda membiarkannya. Hidup di angkasa, saya mengikut pace saya sendiri kerana saya tahu saya akan berada di sini untuk jangka masa yang panjang – sama seperti kita semua hari ini. Luangkan masa untuk aktiviti yang menyeronokkan: Saya berjumpa dengan anak kapal yang lain untuk melihat filem pada waktu malam, lengkap dengan makanan ringan, dan menonton semua “Game of Thrones” – dua kali.

Dan jangan lupa untuk memasukkan dalam jadual anda waktu tidur yang konsisten. Para saintis NASA mengkaji dengan teliti tidur para angkasawan ketika berada di angkasa, dan mereka mendapati bahawa kualiti tidur berkait dengan kognisi, mood, dan hubungan interpersonal – semuanya penting untuk melalui misi di angkasa atau kuarantin di rumah.

3.Pergi ke luar

Salah satu perkara yang saya rindu ketika tinggal di angkasa adalah pergi ke luar dan menghayati alam semula jadi. Setelah terkurung di ruang kecil selama berbulan-bulan, saya sebenarnya mengidamkan alam semula jadi – warna hijau, bau kotoran segar, dan rasa panas matahari di wajah saya. Eksperimen bunga itu menjadi lebih penting bagi saya daripada yang saya bayangkan. Rakan-rakan saya suka mendengar rakaman bunyi dari Bumi, seperti bunyi burung-burung dan pokok-pokok, sehinggakan bunyi nyamuk, berulang-ulang. Ia membawa saya kembali ke bumi. (Walaupun kadang-kadang saya mendapati diri saya memukul telinga saya disebabkan bunyi nyamuk itu.)

Untuk seorang angkasawan, pergi ke luar adalah satu perbuatan yang berbahaya yang memerlukan beberapa hari untuk persediaan, jadi saya menghargai bahawa dalam keadaan sekarang ini, saya boleh melangkah keluar bila-bila masa yang saya mahu untuk berjalan-jalan – tiada sut angkasa yang diperlukan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa meluangkan masa denga alam sekitar adalah bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal kita, seperti senaman. Anda tidak perlu bersenam dua setengah jam sehari, seperti angkasawan di stesen angkasa yang perlu melakukannya, tetapi bergerak sekali sehari harus menjadi sebahagian daripada jadual kuarantin anda (cuma pastikan anda sekurang-kurangnya enam kaki dari orang lain).

4.Anda memerlukan hobi

Apabila anda terkurung di ruang kecil, anda memerlukan outlet yang bukannya kerja atau mengekalkan persekitaran anda.

Sesetengah orang terkejut mengetahui saya membawa buku dengan saya ke ruang angkasa. Suasana senyap dan kekhusyukan yang anda dapati di dalam buku fizikal – yang tidak menghantar anda notifikasi atau menggoda anda untuk membuka tab baru – sangat tidak ternilai. Banyak kedai buku kecil kini menawarkan perkhidmatan pickup atau perkhidmatan penghantaran ke rumah, yang bermaksud anda boleh menyokong perniagaan tempatan dan juga mengisi masa lapang yang banyak.

Anda juga boleh mempraktikkan instrumen (saya baru saja membeli jurulatih gitar digital dalam talian), cuba bermain instrument dengan lagu yang ada, atau buat beberapa seni. Angkasawan mengambil masa untuk semua ini semasa di ruang angkasa.

5.Simpan sebuah jurnal

NASA telah mengkaji kesan pengasingan terhadap manusia untuk beberapa dekad, dan satu penemuan mengejutkan yang mereka telah buat adalah nilai menyimpan jurnal. Sepanjang misi saya yang sepanjang tahun, saya mengambil masa untuk menulis tentang pengalaman saya hampir setiap hari. Jika anda mendapati diri anda hanya mencatat peristiwa-peristiwa suatu hari (yang, dalam keadaan sekarang ini, mungkin berulang-ulang), cuba menerangkan apa yang anda alami melalui lima deria anda atau menulis tentang kenangan. Walaupun anda tidak menulis buku berdasarkan jurnal anda seperti yang saya lakukan, menulis mengenai hari anda akan membantu meletakkan pengalaman anda dalam perspektif dan membolehkan anda melihat kembali tentang apa yang unik dalam sejarah masa itu.

6.Luangkan masa untuk berhubung

Walaupun dengan semua tanggungjawab berkhidmat sebagai komander stesen angkasa, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mengadakan konferensi video dengan keluarga dan rakan-rakan. Para saintis mendapati bahawa hidup secara berasingan ini boleh merosakkan bukan sahaja kepada kesihatan mental kita, tetapi untuk kesihatan fizikal kita juga, terutamanya sistem imun kita. Teknologi menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk terus berhubung, jadi beri masa untuk berhubung dengan seseorang setiap hari – ini mungkin akan membantu anda melawan virus.

7.Dengar nasihat pakar

Saya telah mendapati bahawa kebanyakan masalah disini bukanlah tentang sains roket, tetapi apabila masalahnya adalah tentang sains roket, anda harus meminta pendapat saintis roket. Hidup di angkasa mengajar saya tentang pentingnya mempercayai nasihat orang yang tahu lebih daripada yang saya lakukan mengenai sesuatu subjek, sama ada sains, kejuruteraan, perubatan, atau reka bentuk stesen angkasa yang sangat kompleks yang mengekalkan saya hidup.

Terutama dalam masa yang mencabar seperti yang kita hidup sekarang ini, kita perlu mencari pengetahuan dari orang-orang yang paling mengenali dan mendengarnya. Media sosial dan sumber-sumber lain yang kurang baik boleh menjadi pemancar maklumat yang salah seperti bersalam tangan boleh mengedarkan virus, jadi kita perlu mencari sumber fakta yang terkenal, seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Sumber Johns Hopkins Coronavirus.

8.Kita semua berhubung antara satu sama lain

Dilihat dari ruang angkasa, Bumi tidak mempunyai sempadan. Penyebaran coronavirus menunjukkan kepada kita bahawa apa yang kita kongsi lebih kuat daripada apa yang membuatkan kita terpisah, lebih baik atau lebih teruk. Semua orang tidak boleh terlepas daripada saling berhubungan, dan semakin kita dapat bersama untuk menyelesaikan masalah kita, semakin baik kita semua akan menjadi.

Salah satu kesan sampingan melihat Bumi dari perspektif ruang angkasa, sekurang-kurangnya bagi saya, ialah merasa lebih belas kasihan kepada orang lain. Walaupun kita kelihatan tidak berdaya kerana kita mungkin merasa terperangkap di dalam rumah kita, selalu ada perkara yang boleh kita lakukan – Saya telah melihat orang membaca kepada kanak-kanak melalui konferensi video, mendermakan masa dan wang mereka ke dalam talian amal, dan melakukan tugas untuk jiran tua. Faedah untuk orang sukarelawan samalah seperti yang telah dibantu.

Saya telah melihat manusia bekerjasama untuk mengatasi beberapa cabaran yang paling sukar yang boleh dibayangkan, dan saya tahu kita dapat mengatasi cabaran sekarang ini jika kita semua melakukan bahagian kita dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Oh, dan cuci tangan anda – selalu.

Scott Kelly adalah seorang angkasawan NASA yang telah menghabiskan hampir setahun di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Sumber: nytimes.com

This website uses cookies.