Bapa Paranoid Kunci Keluarganya di sebuah Pangsapuri selama 14 Tahun.

Bapa Paranoid Mengunci Keluarganya di sebuah Pangsapuri selama 14 Tahun.  Sekarang mereka menceritakan kisah mereka.

Di dalam sebuah pangsapuri kecil di 154 Broome Street di Lower East Side of Manhattan, tinggal sebuah keluarga dengan cerita yang aneh.

Oscar Angulo, ketua keluarga dan ayah kepada keluarga itu, mengunci dirinya, isterinya, anak perempuan, dan enam anak lelaki dari seluruh dunia selama 14 tahun.

Hampir 800 orang tinggal dalam bangunan itu, namun tiada siapa yang tahu, melihat, atau mendengar adik-beradik itu sehingga baru-baru ini.

Oscar merupakan pendatang dari Peru yang menderita akibat alkohol dan paranoia, takut anaknya akan “tercemar” di New York.  Jadi dia mengunci dan menyekat pintu depan mereka dan menyembunyikan satu-satunya kunci.  Di sana dia telah menubuhkan sebuah kubu untuk keluarganya dan tiada seorang pun yang dibenarkan untuk  masuk atau keluar-walaupun keluarga belah isterinya Susanne dan sahabat mereka.

kredit: The Wolfpack

Visnu, satu-satunya anak perempuan dan anak sulung daripada anak-anak Angulo, dilahirkan dengan gangguan genetik yang jarang berlaku. Kini dia berusia 23 tahun;  kemudian kembar Govinda dan Narayana, 22;  Mukunda, 20;  Krisna (Glenn), 18;  dan Jagadesh (Eddie), 17.

Adik-beradik ini menghabiskan seluruh zaman kanak-kanak mereka terkurung di apartmen yang mempunyai 4-bilik tidur.

Mereka telah belajar dengan ibu mereka, Susanne sepanjang berada di rumah itu.

kredit: Vintage Grass

Keluarga ini tidak pernah mempunyai kawan dan dilarang sama sekali untuk meninggalkan rumah kecuali semasa perjalanan yang dipantau dengan ketat oleh ayah mereka. Satu-satunya aktiviti adik-beradik itu adalah dengan menonton filem. Imaginasi dan kreativiti mereka berkembang dengan menonton filem Quentin Tarantino, Martin Scorcese, dan Christopher Lloyd.

Dua daripada adik-beradik lelaki itu mencipta semula Batman: Dark Knight Rises, menggunakan kotak bijirin dan tikar yoga.

kredit: The Wolfpack
kredit: The Wolfpack

Salah seorang daripada adik-beradik lelaki itu berkata:

“Selepas saya melihat Dark Knight, itu membuatkan saya percaya bahawa sesuatu perkara adalah mungkin untuk berlaku.  Bukan kerana ia adalah Batman, ia kerana ia berasa seperti di dunia lain.  Saya melakukan segala yang saya mampu untuk menjadikan dunia itu menjadi kenyataan.  Untuk melepaskan diri dari dunia saya. ”

Tetapi pada Januari 2010, kehidupan adik-beradik itu berubah ketika Mukunda, yang berusia 15 tahun, memberanikan diri untuk melarikan diri dan berjalan di sekitar kejiranan.  Abang-abangnya kemudian mengikutinya, malalui jalan-jalan di New York dan melakukan lakonan semula (parody) filem kegemarannya.

Pada masa itulah mereka bertemu dan berkawan dengan Crystal Moselle, lulusan Sekolah Seni Visual New York.

kredit: Getty Images

Crystal, yang juga mempunyai minat yang mendalam filem, dengan serta-merta tertarik dengan adik-beradik itu selepas mendengar cerita mereka dan membuat keputusan untuk mencipta filem mengenai mereka.

“The Wolfpack” adalah filem dokumentari yang menampilkan kehidupan adik-beradik Angulo.

Ia memenangi U.S Documentary Grand Jury Prize di Festival Filem Sundance di Utah tahun ini.

kredit: Getty Images North America

Tonton cerita luar biasa adik-beradik ini:

Sumber: abc News dan elitereaders

This website uses cookies.