Baru 2 bulan Tahun 2020, Kes pemandu Mabuk Catat 4 Kematian, 10 Mangsa Cedera Parah

Baru 2 bulan Tahun 2020, Kes pemandu Mabuk Catat 4 Kematian, 10 Mangsa Cedera Parah

Kemalangan melibatkan pemandu mabuk akibat alkohol semakin berleluasa dan walaupun hanya 2 bulan berlalu pada tahun ini, sudah ada sehingga 5 kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk.

KES PERTAMA

kemalangan pada 25 Januari di Georgetown Penang, seorang lelaki berumur 24 tahun yang dipercayai mabuk memandu kenderaan Proton Waja sehingga hilang kawalan dan melanggar sebuah Perodua Myvi.

Kesan pelanggaran menyebabkan  Waja ini ke laluan yang berlawanan dan melanggar sebuah motor. Pemandu motor yang berusia 40 tahun itu cedera parah manakala pemandu Myvi berumur 22 tahun hanya cedera ringan.

Pemandu Waja itu kemudian mengambil ujian alkohol dan didapati ‘positive’ dan ditahan.

Maklumat lanjut di sini

KES KEDUA

Pada bulan Februari pula, 4 kemalangan di catat dengan  kemalangan pertama melibatkan pemandu mabuk.

Bukit Mertajam  9 Februari , seorang pekerja kilang berusia 39 tahun maut dan isterinya 36 tahun cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal ketika dibawa ke hospital. Pasangan ini mempunyai 5 orang anak.

Pemandu mabuk  pula berumur 34 tahun memandu Perodua Alza dan tidak menghadapi apa-apa kecederaan.

Maklumat lanjut di sini

KES KETIGA

Kes seterusnya berlaku 2 hari selepas kemalangan sebelum ini iaitu pada 11 Februari. Seorang wanita berumur 47 tahun yang memandu Toyota Vios dalam keadaan mabuk melanggar sebuah motosikal. Pemandu motosikal 21 tahun, dan penunggang 19 tahun maut di tempat kejadian.

Maklumat lanjut di sini

KES KEEMPAT

Kemalangan  pada 16 Februari di Lebuhraya LEKAS. Seorang lelaki, 30 tahun, memandu Ford Fiesta yang disyaki dalam keadaan mabuk dan menggunakan jalan berlawanan arus. Kenderaan ini melanggar sebuah kereta dan tiga motosikal yang mengakibatkan seorang terbunuh dan empat yang lain cedera.

Pemandu kereta Proton Persona berumur 34 tahun maut manakala tiga pemandu motor dan seorang penunggang cedera.  Pemandu mabuk itu juga hanya cedera di bahagian kepala dan anggota badan.

Maklumat lanjut di sini

KES KELIMA

Tragedi yang terbaru adalah pada 18 Februari. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada di bawah pengaruh alkohol melanggar sebuah kereta yang berada di tepi jalan. Akibat pelanggaran, kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar 4 sekeluarga yang berada berhampiran.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala pemandu kereta berkenaan pula dirawat di sebuah hospital swasta. Hasil ujian alkohol yang dijalankan mengesahkan pemandu kereta terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol

Maklumat lanjut di sini

Kemalangan-kemalangan yang berlaku ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya orang ramai patuh undang-undang dengan tidak memandu dalam keadaan mabuk.

Undang-undang sedia ada juga tidak begitu menakutkan menyebabkan kes ini masih berulang sehingga 5 kes untuk tahun ini sahaja.

Kes-kes terpencil melibatkan pemandu mabuk tidak dikira lagi kerana dikatakan minum di paras yang dibenarkan. Contoh seperti kes di Jalan Kebun Klang. Kemalangan yang berlaku menyebabkan seorang maut, manakala dua lagi parah sejurus motosikal masing-masing dirempuh kenderaan Ford Ranger. Baca di sini

Harapan rakyat Malaysia amnya semoga hukuman lebih berat di jatuhkan kepada pesalah-pesalah jalan raya ini yang sudah meragut banyak nyawa.

Sumber: Nst, Astro awani, Sinar Harian dan Metro

This website uses cookies.