Hayya Alas Solah di ganti dengan As solah fi buyutikum

Kesan Corona virus atau Covid-19 semakin membimbangkan. Peningkatan drastik jumlah pesakit Covid-19 di seluruh dunia menjadikan wabak ini di klasifikasi sebagai Pandemik oleh WHO.

Pelbagai langkah pencegahan di ambil oleh setiap negara bagi membendung penularan wabak.

Di sesetengah negara seperti di Kuwait, mereka mengambil langkah menghalang orang ramai berkumpul walaupun untuk menunaikan solat berjemaah.

Solat di masjid di gantikan dengan solat di rumah. Bilal masih setia melaungkan azan tetapi menukar kalimah Hayya Alas Solah (Marilah menunaikan solat) )di ganti dengan As solah fi buyutikum (Solatlah di rumah kamu)

Keadaan ini sebenarnya sangat asing bagi kita, kerana belum pernah terjadi lagi sebelum ini. Untuk mengelak salah faham, hal ini di jawab oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dalam sebuah hadis:

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ أَيُّوبَ، وَعَبْدِ الْحَمِيدِ، صَاحِبِ الزِّيَادِيِّ وَعَاصِمٍ الأَحْوَلِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ فِي يَوْمٍ رَدْغٍ، فَلَمَّا بَلَغَ الْمُؤَذِّنُ حَىَّ

عَلَى الصَّلاَةِ‏.‏ فَأَمَرَهُ أَنْ يُنَادِيَ الصَّلاَةُ فِي الرِّحَالِ‏.‏ فَنَظَرَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَقَالَ فَعَلَ هَذَا مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ وَإِنَّهَا عَزْمَةٌ‏.‏

Pada suatu hari hujan yang sangat lebat dan berlumpur, Ibn Abbas menyampaikan khutbah di hadapan kami dan apabila Muazzin mengucapkan Adhan dan berkata, “Haiya` ala-s-sala (t) (Marilah menunaikan solat) “Ibnu` Abbas memerintahkan dia berkata “al-salatu fi buyutikum”,  ‘Solatlah di rumahmu.’ Orang-orang mula memandang satu sama lain (menghairankan). Ibn Abbas berkata. “Ia dilakukan oleh orang yang lebih baik daripada saya (iaitu Nabi (ﷺ) atau Muazzin), dan ia dibenarkan.”

Sahih Bukhari 616

Wallahualam.

Sumber: Twitter Dr Zulkifli Muhamad al-Bakri

This website uses cookies.