Henti ‘Tripping Jump Challenge’, Cabaran Tak Bermanfaat dan Bawa Mudarat

Satu lagi cabaran media sosial muncul di kenali dengan ‘Cabaran Tripping Jump’ di mana dalam cabaran tersebut individu yang berdiri di tengah melompat tinggi sementara dua orang lagi yang berada di sebelahnya akan menyepak kaki rakan mereka yang sedang melompat itu.

Individu yang berada di tengah samada dia mengetahui niat rakannya atau tidak berkemungkinan untuk mengalami kecederaan.

Jelas, seperti yang boleh dilihat dalam video, cabaran ini sangat berbahaya malah boleh mengundang maut.

Dipetik menerusi berita Astro Awani, pegawai perubatan, Dr. Shazif Othman, berdasarkan pengamatannya melalui video-video yang sedang tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang cuba melakukan cabaran berkenaan.

Risiko paling ketara, kata Dr Shazif, boleh berlaku hentakan di bahagian kepala dan sekali gus boleh menyebabkan anggota terpenting pada manusia iaitu otak.

“Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau ‘brain dead’. Ini kerana, jika dilihat video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut.

“Kesannya, ia juga boleh menyebabkan fizikal kecederaan pada sel-sel tisu di bahagian kaki,”‘ kata Dr Shazif kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Jelasnya, walaupun jantung masih berdegup, namun kematian otak tidak dapat menyelamatkan keadaan.

Selain itu, kata beliau, bahagian tengkuk juga boleh tercedera dan akan melibatkan kecederaan pada tulang serviks yang boleh menyebabkan, bukan sahaja maut malah lumpuh seperti strok.

Tambah Dr Shazif, risiko lain juga boleh menyebabkan sakit pada belakang yang kronik, cedera pada otot-otot serta kecederaan pada organ dalaman.

Dr Shazif turut menasihatkan terutama ibu bapa dan guru-guru sekolah agar tidak terpengaruh dengan aktiviti dan mereka perlu mengambil perkara yang positif sahaja.

Ini kerana, katanya, aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, bahkan dapat memberi kesan jangka masa yang buruk di masa hadapan.

“Kepada ibu bapa dan guru-guru di sekolah, sila awasi anak-anak anda supaya tidak tidak terjebak dengan cabaran viral ini.

“Perlu diingatkan bahawa kesan aktiviti ini boleh menyusahkan banyak pihak dan mereka perlulah fikir banyak kali sebelum memilih untuk melakukan aktiviti itu,” pesan beliau lagi.

Sumber: Youtube CBS Miami dan Astro Awani

This website uses cookies.