Kes Tertinggal Anak Dalam Kereta Berulang

KUANTAN (Bernama): Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh bapanya, yang didakwa telah terlupa, ketika dia meletak kenderaan itu dan pergi bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata bapa itu menjumpai anak perempuannya tidak sedarkan diri pada kerusi penumpang belakang kereta ketika dia ingin keluar untuk makan tengah hari di sekitar 1 petang pada hari Isnin (17 Feb).

Bapanya kemudian bergegas ke klinik kesihatan Indera Mahkota, di mana dia telah disahkan meninggal, katanya kepada pemberita.

Katanya, mangsa, yang merupakan anaknya yang paling kecil daripada tiga anak perempuannya, dipercayai ditinggalkan di dalam kereta sejak jam 9 pagi.

“Siasatan awal mendapati bapanya sepatutnya menghantar mangsa ke pusat jagaan kanak-kanak di Indera Mahkota 15 semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas menghantar isterinya, yang bekerja berdekatan.

“Sebelum itu, kira-kira pukul 7.20 pagi, dia menghantar anak perempuannya yang sulung, berusia 10 tahun, ke sekolah dan kemudian pulang ke rumah untuk mengambil isteri, anak perempuan kedua, berusia enam tahun, dan mangsa, dan meninggalkan rumah pada jam 8.25 pagi , “Tambah ACP Mohamad Noor.

Beliau berkata anak perempuan kedua menghadiri sekolah yang sama dengan kakak perempuan yang sulung, dan kedua ibu bapa adalah penjawat awam.

Jenazah bayi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. – Bernama

Kejadian Berulang

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga kejadian seperti ini menjadi iktibar buat kita semua.

Kejadian seperti ini sebenarnya  bukanlah kali pertama berlaku. Antaranya peristiwa  yang berlaku di Port Dickson pada 14 Mac 2018 dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan meninggal akibat sesak nafas selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam.

Peristiwa yang sama juga berlaku pada 19 Julai 2013 dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan, Nuryarifah Adha Diiandra meninggal dunia selepas  enam jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya di sebuah sekolah di USJ4

Terdapat juga kes seperti ini di luar negara dan kesemua kes ini mempunyai sebab yang sama iaitu akibat kelalaian ibu bapa yang lupa akan kehadiran anak-anak mereka dalam kereta. Disebabkan kes yang sering berulang ini, seorang doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi sembilan tip untuk mengelak dari terlupa anak dalam kereta di laman Facebooknya.

CARA ELAKKAN TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). LetLlak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandubkereat auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Sumber: Bernama dan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

This website uses cookies.