#KitaBaikRamaiSayang tanda pagar untuk arwah Abam

Innalillahiwainnailaihi rajiun, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu kira-kira jam 7.30 petang 11 Februari namun kebaikannya masih lagi disebut netizen sehingga kini.

Trending di twitter tanda pagar #KitaBaikRamaiSayang khas untuk arwah Abam yang meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.

Video berikut pula dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam facebooknya. bila di tanya apakah yang ingin dikatakan jika hari ini hari terakhir, abam menjawab,

” Bila susah kita diuji, bila senang lagi kita di uji, tapi paling penting sebelum kita tolong orang kita tolong adik beradik kita dulu, sebab majoriti gelandangan di luar sana hidup susah sebab adik beradik dia tak tolong, jadi kita ada rezeki lebih kita tolong adik beradik kita”

Ramai rakan-rakan arwah Abam yang berkongsi kebaikannya sehingga hari ini.
Kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. amin

Al-Fatihah

Sumber: Twitter dan Facebook Ustaz Ebit Lew

This website uses cookies.