Kolum Mengingati Si Mati Penuhi Akhbar-Akhbar di Itali

ROME – Di bahagian di mana Itali terjejas paling teruk dengan coronavirus, krematorium disana telah beroperasi 24 jam sehari. Keranda telah memenuhi dua bilik mayat di hospital kemudian ke perkuburan, dan kini berbaris di dalam gereja pemakaman. Bahagian obituari akhbar berita harian tempatan telah berkembang dari dua atau tiga halaman kepada 10, kadang-kadang tersenarai lebih dari 150 nama, dimana editor menyamakannya dengan “perang buletin.”

Dengan angka kematian sahaja, coronavirus telah mendarat di wilayah utara Bergamo dengan ancaman kekuatan bencana bersejarah.

Tetapi keadaan yang mencemaskannya jauh lebih hebat lagi, memastikan bahawa kematian dan berkabung berlaku secara berasingan, bersendirian – trauma di mana setiap orang harus menjaga diri mereka sendiri.

Di seluruh Bergamo, penduduk yang didatangi ambulans, bergegas ke hospital dan mati di wad tertutup di mana saudara terdekat mereka sekalipun tidak dibenarkan untuk masuk melawat. Banyak pengkebumian berlaku hanya dengan seorang paderi(priest) dan pekerja rumah pengebumian sahaja yang hadir, sementara ahli keluarga si mati menghadapi sekatan dari pengumpulan, kekal dalam kuarantin atau mereka sendiri sudah terlalu sakit.

Begitu banyak yang telah mati sehingga ada senarai menunggu untuk pengebumian dan pembakaran mayat.

“Saya fikir ia lebih buruk daripada peperangan,” kata Marta Testa, 43, yang dirinya sendiri berada dalam kuarantin dan ayahnya yang meninggal dunia disebabkan virus ini pada hari Rabu pada usia 85 tahun. “Ayah saya sedang menunggu untuk dikebumikan. Dan kami di sini menunggu untuk mengucapkan selamat tinggal. ”

Negara-negara lain mula bergelut dengan implikasi pandemik dan diarah dengan ‘jarak selamat’ yang dipaksa untuk dipatuhi walaupun antara orang yang paling dekat. Tetapi di Itali, kematian dengan kematian secara keseorangan, implikasi dan kesan  menjadi jelas.

Lebih daripada 2,000 orang di Itali telah meninggal dunia akibat covid-19, penyakit yang disebabkan oleh virus itu – separuh daripada mereka hanya mampu bertahan selama lima hari bagi yang paling lama – dan kebanyakan kes itu kelihatan seperti bapa Testa, Renzo, bekas eksekutif akhbar pengiklanan yang merasakan sesak nafas seminggu yang lalu pada hari Sabtu, dibawa ke hospital dan tidak dapat melihat atau bercakap dengan keluarganya lagi.

“Kesedihan disebabkan peninggalan orang yang tersayang adalah fasa yang memerlukan sokongan orang lain, tetapi kesedihan kami terpaksa dilakukan melalui telefon,” kata Testa, yang ibu bapanya telah berkahwin selama 50 tahun dan ibunya  yang juga kelihatan mempunyai virus itu tetapi sedang pulih.

Adik-beradik Testa membawa makanan kepada ibu mereka. Di atas aspek berhati-hati, mereka meninggalkannya di depan pintu rumah sahaja.

“Sekarang,” kata Testa, “keluarga kami tinggal di negeri yang tergantung.”

Walaupun penyakit itu telah tersebar ke seluruh dunia, Itali ialah di mana penghidap virus itu – dan mejadi korban daripadanya – lebih ramai dari tempat lain. Pada hari Ahad, negara itu melaporkan 368 kematian baru, jumlahnya melampaui angka harian tertinggi dari China. Menjelang hari Isnin, 349 lagi orang telah meninggal dunia, menjadikan jumlahnya yang kurang daripada satu bulan menjadi 2,158.

Dan di Itali, Bergamo, sebuah wilayah yang kaya dengan 1.1 juta di timur Milan, telah menjadi tempat yang paling membimbangkan. Hospital-hospital di sana berada di titik pengakhiran(breaking point). Doktor-doktor tentera telah dipanggil untuk membantu. Penduduk menggambarkan Bergamo sebagai tempat yang berhantu di mana hanya ambulans dan van jenazah sahaja berada di jalan pada waktu malam. Di bandar kecil Nembro, menurut akhbar Corriere della Sera, 70 orang telah meninggal dunia dalam tempoh 12 hari yang lalu. Kira-kira 120 orang mati sepanjang tahun lepas.

“Ia seolah-olah sebuah bom kimia telah meletup,” kata Daniela Taiocchi, 49, yang membantu mengendalikan obituari untuk akhbar tempatan, L’Eco di Bergamo.

Bergamo juga menjadi tanda amaran tentang bagaimana kes coronavirus dapat meletup jika sekatan tidak dapat dilakukan dengan segera. Itali berurusan dengan tempat yang terkenal paling awal, di wilayah Lodi, dengan meletakkan 10 bandar kecil di bawah lockdown lebih daripada tiga minggu lalu. Tetapi kerajaan menunggu lebih lama untuk meletakkan langkah-langkah serupa di tempat lain. Bergamo kini mempunyai tiga kali jumlah kes coronavirus daripada Lodi.

“Rumah mayat dan institusi kesihatan semakin meruntuh,” kata Claudia Scotti, pemilik rumah pemakaman. “Kami benar-benar tidak bersedia untuk kecemasan seperti ini.”

Orang-orang yang mati, dikenang dalam halaman selepas halaman L’Eco di Bergamo, seperti bekas ahli politik, juruelektrik, pengendali telefon kecemasan, dan juga paderi. Kebanyakan mereka berusia 70-an atau 80-an. Obituari pendek mereka tidak menyebut punca kematian tetapi tidak perlu pun – 90 peratus, anggaran editor akhbar, meninggal dunia akibat coronavirus. Sebaliknya, obituari tersebut mempunyai petunjuk lain mengenai betapa banyak kesedihan yang telah berubah semasa kecemasan. Mereka ada menyebut “pengangkutan langsung ke krematorium.” Upacara umum pada suatu “tarikh yang akan ditentukan.” Pengebumian diadakan dalam “bentuk privasi yang ketat.”

Di seluruh negara, pengebumian di dalam gereja telah ditunda,  ia sebahagian daripada perintah sekatan daripada kerajaan untuk mengelakkan perhimpunan. Bagi keluarga yang ‘bersih’, beberapa orang di Bergamo telah dibenarkan bertemu untuk pengebumian kecil di tanah perkuburan, dihadkan kepada 10 orang. Tetapi selain dari  itu, pihak berkuasa menutup seluruh tanah perkuburan, ditakuti penduduk akan mengambil pengangkutan awam, melawat kubur mereka yang  telah meninggal dunia dan menyebarkan virus itu sendiri.

Pejabat Datuk Bandar(The Mayor’s Office) telah menggalakkan pembakaran mayat yang telah mati akibat covid-19 itu. Dan pada hari Rabu, krematorium tempatan mula beroperasi sepanjang masa.

“Ia tidak pernah ditutup, dan kami masih tidak dapat menguruskannya,” kata Francesco Alleva, jurucakap Datuk Bandar.

Editor utama akhbar, Alberto Ceresoli, memberitahu bahawa Itali berada di tengah-tengah “tragedi kolektif” dan virus itu sedang “menghancurkan” tempat tinggalnya. Untuk sementara waktu, dia tertanya-tanya sama ada obituari perlu diletakkan di bahagian belakang akhbar, untuk mengurangkan emosi kepada orang yang membaca. Tetapi dia memutuskan orang-orang perlu melihat apa yang sedang berlaku: Nama-nama orang mati telah muncul di tengah-tengah akhbar itu, dijarakkan setiap satu halaman.

“Ini adalah warga tua kami yang sudah mati,” katanya. “Bahawa mereka harus pergi seperti ini, ia sangat tidak adil.”

Ia adalah dalam edisi hari Jumaat di mana nama Renzo Testa muncul, bersama dengan gambar muka dia dan petikan dari Pope Francis. Di bawahnya, terdapat butiran asas tentang keluarganya dan beberapa lagi ruangan dengan peringatan dan kenangan dari keluarganya, sambil memperhatikan dedikasinya terhadap akhbar itu, kerjanya dengan kumpulan-kumpulan sivik.

Dia masih sihat sebelum dia terkena virus itu, kata anak perempuannya.

“Tiada kondisi bahaya yang tersembunyi,” kata Marta Testa.

“Kami sentiasa berfikir: ‘Ayah kuat. Dia mampu menghadapinya, ‘”katanya. “Sudah tentu, harapan adalah yang terakhir untuk pergi.”

Hospital itu menghubunginya pada tengah malam pada hari Rabu untuk mengatakan bahawa bapanya tidak dapat diselamatkan.

Keranda beliau sekarang duduk di sebuah gereja, menunggu gilirannya untuk dikebumikan. Jika ia berlaku tidak lama lagi, dia akan dikebumikan tanpa kehadiran isterinya dan anak-anaknya. Marta berkata keluarganya masih mempunyai rancangan untuk menganjurkan majlis untuk menghormatinya.

“Mungkin pada masa yang lebih baik,” katanya.

Sumber: washingtonpost.com

This website uses cookies.