Komunikasi Dakwah Cara Ustaz Ebit Lew

Dipetik daripada Tulisan Tuan Shukri Shuhaimee,

Semalam saya review buku The Art of Building Rapport oleh Tuan Rizal Rashid.

Buku yang cukup straight-forward.

Boleh baca di sini,
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222021830364220&id=1514955489

Saya cuba cari contoh yang mudah untuk kenalan yang tanya, perlu ke baca buku macam tu, apa faedahnya, penting ke dan lain-lain yang seumpama.

Jadi saya beri contoh penerangan dan manfaat belajar ilmu komunikasi yang betul melalui video-video ustaz.

Kebetulan, antara video yang sentiasa dinantikan sewaktu musim PKP ini ialah video Ustaz Ebit Lew menyampaikan sumbangan dan bantuan.

Dari awal PKP lagi, ustaz turun padang untuk hantar sendiri bahan bantuan kepada frontliners, abang riders, hospital, klinik dan kini ustaz masuk ke kawasan perumahan yang daif.

Walaupun berbeza agama dan bangsa, cara layanan dan komunikasi ustaz tetap sama.

Lembut dan cukup santai. Rasa dekat je dengan ustaz.

Walaupun ada yang cuba perli dan kempen yang bukan-bukan tentang ustaz, ustaz buat sempoi dan teruskan memberi.

Terus diam mereka yang mengeji.

Tengok video ustaz kalau tak nangis, tak sah. Kalau tengok video bantuan biasa pun dah banjir air mata, cuba tengok yang bukan Islam terima bantuan dan ucap terima kasih dengan mata yang berlinangan, confirm kita pun turut tumpah air mata.

Saya cuba tonton video ustaz dengan perspektif berbeza.

Apa yang buat orang ‘cair’ dengan ustaz?
Apa yang buat orang selesa dengan ustaz?

Kalau perasan, dalam kesemua video ustaz, pattern ustaz sama apabila turun beri bantuan.

Ustaz akan bagi salam, tanya khabar, tanya nama dan ucap terima kasih.

Kita rasa benda simple tapi habit ini yang menjadikan ustaz sangat dihormati.

Ustaz amal teknik komunikasi yang cukup sebati dengan kita sehari-hari namun setiap teknik itu, ada impaknya.

Saya kupaskan melalui teknik yang dikongsi oleh Tuan Rizal melalui buku The Art of Building Rapport.

Ada 32 teknik ringkas namun sangat powerful jika pandai guna.

Teknik 1, Pujian.

Ustaz akan puji orang yang ditanya. Pujian buat orang suka, bila orang suka, kita boleh bina hubungan yang baik.

Puji nama, puji rumah bersih, puji masih kuat dan banyak lagi.

Teknik 2, Nada suara.

Ustaz guna nada yang setara dengan orang yang dibantu. Ustaz tidak merendahkan agama lain. Walaupun kepada seorang penjaga kuil.

Ustaz habiskan ayat dengan perkataan “ya”.

Perkataan ini nadanya positif. Cukup berkesan.

Teknik 11, Persamaan.

Ustaz cari persamaan dan elak perbezaan. Manusia suka berhubung dengan orang yang ada banyak persamaan dengannya.

Teknik 12, Aras Mata.

Jika kita bercakap dengan orang yang sedang duduk, maka seeloknya kita juga duduk agar aras mata kita selari.

Cuba perhatikan video ustaz, ustaz akan duduk di lantai jika orang yang disantuni itu duduk dilantai.

Cara ini buat manusia jadi selesa.

Teknik 18, Beri perhatian.

Ustaz beri perhatian bila orang bercakap. Walaupun perkara yang beliau sudah alim.

Teknik 22, Panggil Nama.

Tanya nama agar orang yang dibantu akan rasa dekat dan selesa. Ustaz jumpa ribuan orang dan masih akan bertanya nama. Ini akan membuatkan orang rasa dihargai.

Teknik 23, Doakan Mereka.

Ustaz biasanya akan tamatkan kunjungan dengan ucapan terima kasih. Walhal ustaz yang sampaikan bantuan.

Selalu juga, ustaz ucap ;

“Moga sihat selalu”
“Bahagia sampai syurga”
“Moga baik-baik semua”

Teknik 29, Ambil Tahu Perkembangan.

Ustaz akan tanya khabar untuk buka perbualan. Orang akan lebih hargai. Ustaz walaupun rushing, tetap akan tanya khabar.

Hampir kesemua teknik yang dikongsikan selari dengan gaya ustaz ketika beri bantuan.

Dan bacalah ribuan komen di page Ustaz Ebit Lew, semuanya mendoakan ustaz, mengucapkan terima kasih, gembira dan terharu dengan bantuan yang diberikan.

Tahniah Ustaz Ebit Lew dan tim yang tidak putus-putus menghadiahkan kami dengan dakwah Islam yang cukup hebat.

Didoakan ustaz dan team terus kuat dan segala usaha diangkat jadi ladang pahala. Amin!

Sumber  Shukri Shuhaimee, link asal

This website uses cookies.