Koronavirus Lebih 700 maut di seluruh dunia dengan mangsa termuda berumur 1 hari

Angka kematian terkini: 720 untuk rekod pada 8 Februari 2020

Jumlah kematian daripada wabak koronavirus baru di China melonjak kepada 718 pada Sabtu, melebihi angka korban akibat wabak SARS hampir dua dekad yang lalu.

Seramai 81 orang lagi meninggal dunia akibat virus tersebut di Hubei, wilayah di mana penyakit itu muncul pada Disember, menurut suruhanjaya kesihatan serantau.

Angka itu kini lebih tinggi daripada virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) di tanah besar China dan Hong Kong, di mana hampir 650 orang meninggal dunia antara tahun 2002 dan 2003.

Kesemuanya, angka kematian terkini ialah 720, mengambil kira kes di Hong Kong dan Filipina.

WUHAN: Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus selepas 30 jam dilahirkan, sekali gus menjadikan mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti wabak tersebut.

Bayi itu dilahirkan pada 2 Februari lalu dengan berat 3.25 kilogram (kg).

Menurut laporan media tempatan CCTV, bayi yang dijangkiti itu tidak demam atau batuk tetapi mengalami sesak nafas.

Imbasan X-ray pada dada bayi berkenaan menunjukkan tanda jangkitan dan ketaknormalan fungsi hati.

Bagaimanapun, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemantauan.

Sumber: Astro Awani

This website uses cookies.