Nescafe Tiruan Pulak?

Nescafe Tiruan? Betul ke dah masuk Malaysia

Penjualan Nescafe reject nampaknya semakin berleluasa dan banyak boleh didapati dalam medium jualan online. Harga yang di tawarkan tersangat murah jika dibandingkan dalam pasaran. Bukan itu sahaja packing yang digunakan juga sangat meragukan kerana dibungkus semula dengan menambah pelekat Nescafe Original.

Persoalannnya betul ke produk tersebut original dari syarikat Nescafe? Untuk itu, persoalan ini telah ditanya terus kepada syarikat Nescafe Malaysia.

Jelas dalam jawaban pihak Nescafe mereka sangat tegas  dalam urusan pembungkusan di kilang Nestle dan mementingkan keselamatan dan kebersihan. Mereka juga turut menasihatkan agar orang ramai hanya membeli produk asli di pasaraya-pasaraya terpilih.

Sebenarnya isu Nescafe tiruan ini bukan perkara baru, pada tahun 2016, polis telah berjaya merampas Nescafe tiruan sebanyak 89,0000 paket

(Gambar oleh: Pongpat Wongyala)

Untuk maklumat lanjut berkenaan rampasan tersebut, anda boleh ke pautan berikut, bangokpost

Walaupun terdapat segilintir pihak yang menafikan kewujudan nescafe tiruan ini dengan mengatakan ia adalah nescafe reject disebabkan faktor pembungkusan dan sebagainya, kami di nadshare ingin menasihatkan anda supaya berhati-hati dalam memilih produk-produk di pasaran terutama sekali produk makanan.

Anda boleh juga memastikan ketulenan produk dengan menyemak ‘packaging’ mereka yang mesti mempamer ‘expired date’, manufacturing date’, ‘batch code’ dan senarai nutrisi pada  bungkusan nescafe atau produk nestle yang lain.

Akhir kata, jadilah pengguna dan pembeli yang bijak.

Sumber: Facebook Haris Zakuan

This website uses cookies.