Panduan melupus Al-Quran/ Kitab Lama dan Rosak

1. Garis Panduan Jakim untuk melupus al-Quran lama

Pelupusan Bahan buangan atau lebihan yang mengandungi huruf atau ayat-ayat suci al-Quran hendaklah dilupuskan secara berasingan daripada bahan-bahan lain, serta dilarang menggunanya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun.

Kaedah pelupusan sama ada secara pembakaran atau ditanam. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak boleh dibaca dan yang bukan Rasm Uthmani hendaklah dilupuskan. Kaedah pelupusan adalah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.

Cara pembakaran adalah seperti yang berikut:

(a) Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

(b) Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayatayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.
(c) Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya.
(d) Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama Islam atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut 12. Termasuk dalam Garis Panduan ini ialah hadis-hadis nabi dan doa-doa yang mengandungi gabungan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah di dalamnya.

Sumber: JAKIM

2. D. I. Y pelupusan Al Quran lama di rumah

BAHAN BAHAN

1. Al Quran lama (yg mahu dilupuskan)
2. Air
3. Gam
4. Blender
5. Penapis

CARA CARA

1) Koyak kecil2 helaian Al Quran dan rendam ke dlm air sehingga agak lembut/kembang

2) Blend sehingga hancur

3) Tapis…pastikan air tapisan tadi di tadah… Jgn main suka2 tapis buang ke dalam sinki or merata2 yaaaaa

4) Kertas tadi di gaul dgn gam dan mampatkan dan ditempatkan jadikan ‘kertas qudus’ (spt dlm gambar)

5) Keringkan ‘kertas qudus’ tadi dan bolehlah di tulis ayat2 suci di atasnya….. Framekan dan gantung di dinding….
(pastikan ‘kertas qudus’ ni tidak di pijak/langkah) Jaga adab2 ia sebagaimana kita mengendalikan Al Quran…

6) Berkenaan air tapisan tadi….hendaklah di buang ke dalam air yg mengalir seperti ke dalam sungai/laut…

****saya ada bertanya kepada penceramah di situ, perlu ke kita dlm keadaan bersuci (mengambil wuduk) semasa memegang ‘kertas qudus’ ….

Jawapan beliau tidak perlu, cuma masih perlu menjaga adap sahaja.. Tidak di pijak/dilangkah.

Sumber: Facebook Nenie Suehoney

3. Perkhidmatan Pelupusan Al-Quran dan buku-buku agama yang koyak/rosak secara tertib

🌸 Setiap hari jumaat ‼

🌸 Masa : 10:00 pagi – 4:00 petang

🌸 Lokasi : Student Lounge, Yayasan Restu, Kompleks Kesenian Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam

🌸 Bayaran : RM8.00/1kg

• Semoga usaha ini dapat menyelesaikan masalah penyimpanan & pelupusan Al-Quran lama dan buku-buku agama yang koyak/rosak secara tertib

• Sila asingkan mengikut kategori Al-Quran / buku agama / buku sekolah.

▪ Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, mohon hubungi :

Roshalina
📱019-2000023

Restu Shop
📱010-6600271

En Latiff Majid
📱019-4807069

🔥 Tempat Pelupusan Al-Quran di Riyadh Restu, Lot 2154, Lorong Setia 3, Bt 19, Jalan Kuang, 48050 Kuang, Selangor.
• Mendapat kelulusan KDN.

Sumber: Riyadh Restu

This website uses cookies.