Plasma daripada Survivor Covid-19 bantu Pesakit Kronik

Plasma daripada survivor pesakit yang terselamat Covid19 didapati membantu pesakit yang kronik

Doktor telah menemui bukti bahawa pesakit coronavirus yang serius boleh mendapat manfaat daripada transfusi plasma darah yang dikumpulkan dari pesakit yang telah pulih.

Dua pasukan medik yang bekerja di hospital yang berasingan di China memberikan plasma yang kaya dengan antibodi kepada 15 orang pesakit yang kronik dan mencatatkan peningkatan yang ketara pada  kebanyakan mereka.

Dalam satu kajian perintis, doktor di Wuhan memberikan “plasma pemulihan” kepada 10 pesakit yang serius dan mendapati tahap virus dalam badan mereka menurun dengan cepat. Sebelumnya itu, dalam tempoh tiga hari, terdapat peningkatan dalam simptom pesakit, bermula dari sesak nafas dan sakit dada hingga demam dan batuk.

Xiaoming Yang, dari Pusat Penyelidikan Teknologi Kejuruteraan Kebangsaan untuk Vaksin Gabungan (National Engineering Technology Research Center for Combined Vaccines) di Wuhan, menggambarkan rawatan itu sebagai “pilihan menyelamat yang dipercayai” untuk pesakit yang serius dan kronik, tetapi beliau memberi amaran bahawa percubaan rawak yang lebih besar diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini. Butiran kajian perintis dilaporkan dalam Prosiding Akademi Sains Nasional (Proceedings of the National Academy of Sciences).

Satu lagi kumpulan doktor yang diketuai oleh Lei Liu, dari hospital Shenzhen Third People’s, memberikan plasma pemulihan kepada lima orang pesakit kritikal. Kesemuanya menunjukkan simptom yang lebih baik selepas transfusi mereka dan dalam tempoh 10 hari, tiga pesakit dapat keluar dari ventilator yang  mereka gunakan semasa dalam keadaan yang kritikal, menurut laporan awal dalam Journal of the American Medical Association.

Penemuan ini menimbulkan harapan bahawa darah yang diderma dari pesakit yang telah pulih baru-baru ini boleh digunakan untuk meningkatkan sistem imun orang yang lebih lemah keadaannya dan membantu mereka melawan jangkitan. Tetapi disebabkan hanya sebilangan kecil pesakit yang dirawat dengan plasma dan infus yang diberikan di luar ujian formal, adalah mustahil untuk mengetahui berapa banyak manfaat yang diberikan oleh rawatan ini.

Rawatan plasma pemulihan ini telah bermula sebelum pandemik selesema 1918 Sepanyol. Terapi ini bergantung kepada fakta dimana orang yang telah pulih dari jangkitan virus mempunyai antibodi dalam darah mereka yang dapat mengesan dengan cepat dan memusnahkan virus pada saat ia menyerang. Memasukkan plasma ke dalam pesakit, dan orang yang berisiko dijangkiti, boleh meningkatkan sistem imun mereka dan berpotensi memberi perlindungan.

Peluang bahawa rawatan ini mungkin boleh membantu mendorong doktor AS untuk membuat percubaan transfusi pada pesakit di New York dan kajian yang serupa dijangka bermula di UK pada minggu-minggu yang akan datang. Perkhidmatan darah kebangsaan Britain (Britain’s national blood service) telah memulakan pemeriksaan darah dari pesakit untuk mencari plasma yang kaya dengan antibodi untuk digunakan dalam percubaan tersebut.

Profesor David Tappin, rakan penyelidik senior di University of Glasgow, telah memohon kepada Institut Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan UK (UK’s National Institute for Health Research) untuk menjalankan dua ujian klinikal dengan plasma pemulihan. Mereka akan mencari bukti bahawa plasma ini boleh melindungi pekerja barisan hadapan dari jangkitan, mencegah pesakit daripada menjadi semakin teruk dan memerlukan pengudaraan dalam unit rawatan intensif, dan memperbaiki keadaan mereka yang sudah semakin parah.

Tappin berkata kes-kes yang dilaporkan dari Wuhan adalah penting kerana mereka mencadangkan supaya ‘memberi plasma kepada pesakit yang kronik’ dan ia kelihatan selamat. “Hasilnya juga menggalakkan untuk pesakit-pesakit ini,” katanya. Tetapi beliau menambah bahawa untuk memastikan plasma bertambah baik pada keadaan penyakit ini, dan ia selamat dalam kumpulan pesakit yang lebih besar, percubaan formal perlu dilakukan.

Sumber: theguardian.com

This website uses cookies.