Realiti Mengerikan di Australia, Wartawan Kongsi Pengalaman

(Dipetik dari AFP, penulis Glenda Kwek)

SYDNEY – Selama berminggu-minggu saya berangan-angan tentang langit biru dan bau pokok kayu putih di udara. Saya sedang menggigil mengharungi salah satu musim sejuk yang paling sejuk di New Delhi dalam abad ini dan salah satu musim pencemaran udara yang terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan semua yang saya fikirkan sekarang hanyalah tentang perjalanan pulang untuk menyambut Krismas yang akan datang di Australia nanti dengan udara yang segar, pantai pasir yang lembut dan hangat oleh musim panas matahari.

Tetapi suasana yang menyambut saya sangat berbeza dari yang telah saya fikirkan.

Bukit yang tidak berkesudahan dengan tanah hangus. Pokok yang dahulunya tebal bertukar menjadi kayu-kayu hitam. Rumah-rumah runtuh dan hanya terlihat seperti sebahagian daripada logam dan runtuhan yang bertaburan. Bangkai kangaroo yang hangus.

Hati saya hancur berkecai, tetapi saya tidak mampu untuk menoleh dari melihatnya. Hutan-hutan hijau yang subur yang dahulu saya sayangi untuk berjalan dan mengembara telah berubah menjadi kawasan pergunungan yang sunyi.

Mount Weison di Blue Mountains, kira-kira 120 kilometer barat laut dari Sydney pada 18 Disember 2019 (AFP / Saeed Khan)

Saya tahu ada yang sesuatu yang tidak kena apabila saya keluar dari lapangan terbang antarabangsa Sydney. Langit yang selalunya berwarna biru bertukar menjadi warna kelabu yang suram dan tidak menyenangkan. Bandar ini berasa lemah dan tertekan. Bau asap yang samar dapat dihirup di udara.

Kebakaran hutan telah lama menjadi sebahagian daripada landskap api di Australia. Dan saya tahu Australia terbakar dengan besarnya sebelum saya mendarat. Saya telah menulis tentang mereka lebih daripada satu dekad sebagai seorang wartawan di negara ini.

Tetapi musim panas ini tidak seperti yang saya pernah lihat sebelum ini. Dan ia memerlukan saya untuk tiba di Sydney untuk fakta itu menjentik hati saya.

Skala kebakaran hutan ini belum pernah terjadi sebelum ini. Sudut dunia dimana saya panggil syurga, rumah saya, telah diubah – mungkin selama-lamanya – oleh kebakaran besar-besaran.

Di sekitar bandar Nowra di negeri New South Wales, Australia, 31 Disember, 2019. (AFP / Saeed Khan)

Ia tidak pernah berhenti. Hari demi hari, saya melihat rakaman video langit yang jelas berubah dari biru kepada oren apokaliptik atau hitam. Mangsa yang ketakutan berkumpul di pantai ketika pokok-pokok terbakar. Rakan-rakan dan keluarganya telah terperangkap dalam apa yang menjadi salah satu pemindahan mangsa terbesar di Australia.

Di tengah-tengah Sydney, abu dicampur dengan salah satu tempat kegemaran musim panas – Pantai Balmoral – membuat jalur seperti urat hitam melalui pasir kuning dan mengubah keadaan air yang tenang menjadi sup kelabu yang toksik.

Seekor anjing duduk di atas abu dari kebakaran hutan yang telah beracmpur di pantai di Merimbula, di negeri New South Wales, Australia pada 5 Januari 2020. (AFP / Saeed Khan)

Kadang-kadang, anda tidak akan dapat melihat di seberang pelabuhan yang terkenal di Sydney. Pada hari-hari yang paling teruk, orang awam diberitahu untuk tinggal di dalam rumah daripada keluar dan menghirup udara yang penuh dengan asap.

Hampir setiap orang yang telah saya bercakap dengannya mempunyai seorang ahli keluarga atau kawan yang terjebak dalam bencana itu.

Saya mendapati diri saya menasihati orang tentang jenis apa anti-pencemaran topeng yang mereka boleh pakai. Antara pembersih udara yang berkesan.

Ini adalah sedikit ilmu pengetahuan yang saya dapat di Delhi selepas berpindah ke sana untuk menyertai pasukan Asia Selatan AFP pada bulan Julai. Langsung tidak saya sedar bahawa ilmu-ilmu ini akan berguna di Australia – rumah untuk beberapa bandar yang paling ramai di dunia.

Seperti kawan-kawan saya, saya juga berasa seperti tidak mampu untuk membantu sesiapa. Semua orang bimbang tentang keselamatan keluarga dan rakan-rakan yang berada di jalan yang ada api dan terbakar, tetapi disebabkan penutupan jalan menghalang mereka, tidak ada apa-apa yang kami boleh lakukan kecuali memantau keadaan yang berubah, waktu demi waktu.

Seorang penunjuk perasaan dengan topeng menghadiri perhimpunan protes iklim di Sydney pada 11 Disember 2019. (AFP / Saeed Khan)

Apabila AFP meminta saya untuk tinggal dan membantu biro untuk perlindungan, saya tidak teragak-agak untuk mengatakan ya. Saya berasa seperti saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu merekod apa yang sedang berlaku kepada negara saya.

Beberapa hari kemudian, saya pergi bersama rakan-rakan saya ke sebuah bandar kecil di pedalaman tenggara Australia.

Ketika kami memandu keluar dari Sydney, saya menyedari bahawa lebih setahun yang lalu, saya pernah mengembara di jalan-jalan yang sama ini untuk merekod tentang ciri kemarau.

Saya telah belajar bagaimana untuk merakam video dan membuat laporan perjalanan dengan rakan sekerja jurugambar untuk mendokumenkan dokumentari “big dry”.

Keadaan disini amat mengerikan. Petani memberi makan kepada ternakan dengan menggunakan tangan mereka sendiri kerana padang rumput terlalu kering sehingga tidak ada apa-apa yang dapat tumbuh di dalamnya. Kangaroo mati kerana mereka dilanggar oleh kereta semasa cuba memakan rumput kecil yang tumbuh dari air yang mengalir dari tar selepas hujan yang sangat jarang sekarang ini.

Dan di sini saya berada pada tahun 2020, mendokumentasikan kesan-kesan buruk yang berlaku dalam musim kemarau ini – perubahan cuaca yang membantu pembakaran hutan untuk meluas sehingga kami perlu menggunakan saiz negara (Belgium, kemudian Ireland, kemudian Portugal) untuk memberitahu pembaca skala daripada bencana.

(Grafik AFP)

Kemarau selama tiga tahun, diperkuat dengan perubahan iklim, dan kemudian kebakaran. Kesan yang berganda untuk orang-orang pedalaman yang sudah bermasalah.

Ketika kami mendekati bandar kecil Batlow, sebuah bandar kecil yang indah yang terletak di kaki Gunung Snowy dan terkenal dengan kebun buahnya, bukit-bukit hijau yang pernah bergelora hijaunya sekarang menjadi warna abu.

Saya rasa seperti saya dalam lukisan monokrom. Langit berwarna kelabu muda, udara berwarna putih kabur dari asap, dan tanah berwarna hitam dan tidak hidup. Angin tiba-tiba datang dan saya rasa bimbang jika ia akan menyalakan beberapa tunggul pokok yang bertaburan.

Daripada seekor kangaroo berbaring mati di sisi lebuh raya, saya melihat bangkai-bangkai kangaroo terbakar hitam di sebelah pagar. Kuku salah seekor daripada mereka berpaut bersama, seperti ia membuat doa terakhir sebelum meninggal dunia. Hati saya sakit. Saya berbisik “maaf” kepadanya, walaupun saya tahu ia tidak akan mendengar saya.

Gambar ini diambil pada 8 Januari 2020 menunjukkan kanggaru yang mati di ladang selepas kebakaran di Batlow, di negeri New South Wales, Australia. (AFP / Saeed Khan)

Kami bertemu dengan beberapa petani. Dua daripada mereka telah tinggal disini untuk melindungi stok mereka. Mereka terkejut dengan kebakaran yang melanda tetapi seperti penduduk Australia pedalaman yang lain, mereka masih ramah.

John Garner, 68, bercakap sedikit sahaja dan sering melihat ke arah yang jauh. Dia sempat menyelamatkan ternaknya tetapi tidak untuk jirannya, dan menghabiskan waktu pagi untuk menguburkan bangkai-bangkai. Dua Kelpies – anjing lembu Australia – bermain di sekeliling kakinya. “Mereka kawan baik saya,” katanya kepada saya.

Lembu sedang memakan rumput ketika langit berubah menjadi oren disebabkan kebakaran hutan di Towamba, 20km dari Eden di selatan New South Wales pada 10 Januari 2020. (AFP / Peter Parks)

Saya mahu mengatakan sesuatu yang boleh meredakan kesedihan dia, tetapi saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Jadi saya beritahu dia saya suka kelpies (yang mana saya betul-betul suka, mereka adalah baka kegemaran saya). Dia menyuruh salah seekor daripada mereka untuk mengangkat kaki dan memegang tangan saya.

Seorang lagi petani, Steve Bellchambers, sedang duduk di traktor kecil ketika kami memandu dan melepasinya. Di sebelahnya ada senapang. Dia juga telah menembak ternakan ternak yang cedera teruk – dan menguburkannya dalam lubang. Ketika rakan sekerja saya mengambil gambar rumahnya yang dibakar oleh api, kita bercakap tentang kehidupan dan kerugian.

“Hanya disebabkan orang tidak menangis, tidak bermakna mereka tidak berdarah di dalam,” katanya kepada saya.

Kami menemui seorang ahli orkard yang sedang menyelidiki kerosakan di tanahnya. Stephenie Bailey masih terkejut, tetapi bersetuju untuk bercakap dengan kami di kamera. “Saya kelihatan seperti berumur 94 walaupun saya berusia 64 tahun,” dia bergurau senda.

Stephenie Bailey, 64, menerangkan kesan kebakaran hutan di ladangnya di Batlow, di New South Wales, Australia, 8 Januari 2020. (AFP / Saeed Khan)

Tetapi ketika dia menceritakan tentang kekuatan kebakaran hutan itu dan kesulitan yang dihadapinya untuk memindahkan ternakannya, emosi-emosi itu terkumpul di dalam dirinya.

Mempunyai dusun ini adalah impian. Piano kesayangannya telah terbakar menjadi timbunan abu dan tali. “Bagaimana boleh saya berasa selamat lagi selepas ini?,” katanya. Tetapi dalam nafas yang sama, seperti Garner dan Bellchambers, dia bersumpah untuk membina semula hidupnya dan rumahnya.

Ketika wawancara video itu sudah hampir ke penutupnya, air mata dengan perlahan jatuh ke bawah mata Bailey. Pada masa itu, saya merasakan keinginan yang besar untuk memeluknya. Secara naluri kami bersandar antara satu sama lain dan berada dalam pelukan yang erat. Ia adalah pelukan yang panjang. Kami menangis.

Sekali lagi, saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan, atau jika saya sepatutnya mengatakan apa-apa. “Australia bersamamu,” kata saya akhirnya. “Anda tidak bersendirian.”

Penulis dan Stephenie Bailey memeluk ketika dia menerangkan kesan kebakaran hutan di ladang kebunnya di Batllow, di New South Wales, Australia, 8 Januari 2020. (AFP / Saeed Khan)

Dua hari kemudian, saya kembali ke Sydney apabila editor berita biro itu memberi e-mel. Rumah Opera Sydney ingin memaparkan gambar Bailey dan saya memeluk (diambil oleh jurugambar utama Sydney Saeed Khan) sebagai sebahagian daripada penghormatan foto kepada anggota bomba sukarela. Bolehkah saya menyemak dengan Bailey dahulu jika dia OK dengan keputusan itu?

Saya baru sahaja mengetahui sehari sebelum gambar kami memeluk telah diterbitkan, dan saya rasa keliru. Ia adalah detik peribadi. Patutkah ia benar-benar dipaparkan pada layar-layar Opera House? Tetapi apabila saya bercakap dengan Bailey, dia memberi galakan. Ia adalah peluang baginya untuk berkongsi dengan kawan-kawannya tentang mesej harapan.

Layar-layar Opera House dipancarkan dengan serangkaian gambar untuk menunjukkan sokongan kepada komuniti yang terjejas oleh kebakaran hutan dan untuk mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan kecemasan dan sukarelawan di Sydney pada 11 Januari, 2020. (AFP / Saeed Khan)

Salah satu cerita terakhir saya yang saya rekodkan sebelum saya kembali ke Delhi adalah tentang protes besar-besaran di seluruh Australia yang menggesa tindakan untuk iklim. Ekonomi Australia telah bertahan selama tiga dekad yang lalu disebabkan oleh tingginya permintaan terhadap bahan bakar fosil dan besi, dan sebagai bekas wartawan ekonomi dan pasaran, saya menulis secara teratur mengenai tahun-tahun pertumbuhan yang lalu.

Tetapi pada pendapat saya, kebakaran pada tahun ini berfungsi sebagai panggilan untuk ‘bangun’ kepada semua. Semasa protes, boleh dirasakan kemarahan dan kekecewaan di udara. Orang ramai di Sydney sahaja berjumlah kira-kira 30,000 – jumlah yang besar pada malam Jumaat untuk protes dipanggil pada notis singkat semasa cuti musim panas – dan terdapat golongan yang berbeza oleh orang ramai, dari orang tua kepada pelajar dan ibu bapa dengan anak-anak mereka.

Ada yang mengambil bahagian dalam perhimpunan sebegini untuk pertama kalinya. Ibu bapa mengatakan bahawa mereka memprotes demi masa depan anak-anak mereka. Semua orang menjerit dengan kuat setiap kali ‘speaker’ memberi komen – bersorak dan bersuara, dan berulang kali menyeru agar Perdana Menteri Scott Morrison turun (“Scomo harus pergi”). Saya telah merekod banyak perhimpunan untuk bertahun-tahun, dan tidak seperti himpunan yang lain, kehadiran sangat ramai dan penunjuk perasaan begitu bertenaga dan tidak sabar untuk suara mereka didengar.

Sebuah kereta melepasi kabus tebal yang dicampur dengan asap kebakaran di kawasan Istana Ruined di Blue Mountains, kira-kira 75 kilometer dari Sydney, pada 11 Januari 2020. (AFP / Saeed Khan)

Ia membuat saya berfikir kembali kepada pelukan, apa yang telah saya katakan kepada Bailey, dan mengapa.

Musim panas ini, Australia berubah. Landskap kami, ekosistem dan haiwan mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya dari kepanasan yang bersangatan itu. Australia telah menjadi contoh kesan perubahan iklim – dan realiti baru yang menakutkan.

Langit merah akibat asap dari kebakaran hutan di atas bandar Jindabyne di New South Wales pada 4 Januari, 2020. (AFP / Saeed Khan)

Australia tempat saya membesar dan yang saya kenal seolah-olah telah hilang. Dan pelukan itu kepada saya adalah tentang berkongsi kerugian yang dialami oleh orang Australia. Dan ia juga mengenai harapan. Berharap bahawa sebagai individu, sebagai keluarga, sebagai sebuah negara, kita boleh bangkit dari abu.

Sumber AFP, diterjemah semula oleh Nurul Nabilah

This website uses cookies.