Rugi tak Cuba 5 Resepi ini, Guna 5 Bahan Sahaja

15 April 2020, sempena Pkp Fasa 3, admin nak Share 5 Resepi yang sesuai untuk anda cuba di rumah. Bukan sahaja sedap tapi sangat-sangat mudah sebab menggunakan hanya 5 bahan.

1.Pizza

ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum  btunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat. InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.

Bahan:

1. Roti 8 keping (suka pizza nipis)
Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)

2. Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.

3. Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).

4. Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)

5. 3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)

Cara buat:

Loyang sapu dengan margerin

Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya.

Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.

Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.

Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.

Letak sos tomato

Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.

Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.

Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.

Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.

Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit.

Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.

*topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.

*garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.

Sumber: Nina Nuar

3.AISKRIM COKLAT HOMEMADE

Guna 5 bahan je. Kalau buat malam ni, esok pagi boleh ngapp!

Senang sangat, semua boleh buat.

Gerenti jadi punyalahhh.

Di bawah ni saya senaraikan bahan-bahan yang digunakan.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovallete
  • Setengah cawan serbuk coklat / koko

CARA-CARA

1. CAMPUR SEMUA BAHAN DALAM BLENDER

Mula-mula, campur semua sekali dalam blender dan blend.

Blender tu biar sampai halus, ringan, fluffy, dan gebu gebas. Anggaran masa dalam 5 minit jugak.

2. MASUKKAN DALAM BEKAS

OK ni hasilnya lepas blender. Adunan ni memang cair pun. Jangan risau sebab lepas masuk peti nanti dia beku elok je.

Tuangkan masuk dalam bekas.

Sebelum sejukkan tu bolehlah tabur choc rice kalau ada atau apa-apa topping lagilah kalau suka.

2. SEJUKKAN

Akhir sekali macam biasa, terus masukkan dalam peti.

Seeloknya buat malam supaya dia beku semalaman tanpa gangguan buka tutup. Yelah, anak-anak tu kadang asyik tanya je bila nak beku sampai asyik ulang-ulang buka peti ais.

Apapun, inilah hasilnya bila dah beku nanti.

Memang sedap, jimat dan berbaloi. Musim-musim PKP ni boleh makan ramai-ramai

Sumber: Eida Ilham

3.Resipi Donut Gula

BAHAN-BAHAN:

*Sekilo tepung gandum
*Sepaket mauripan
*3 sudu besar susu pekat
*3 sudu besar minyak
*Secubit garam
Air suam

CARA MEMASAK:

1. Campur semua bahan bertanda (*). Gaul dan ratakan.


2. Tambahkan air suam sedikit demi sedikit sambil uli.
3. Uli sehingga doh tak lekat kat jari jemari.


4. Rehatkan doh selama setengah jam.
5. Tumbuk doh sekuat hati, wachaaa!!


6. Bentukkan ikut kreativiti.
7. Goreng dan salut gula apabila donut sudah agak tidak panas

.

8. Siap sedia untuk dimakan.
9. Boleh juga dimakan bersama susu, kari, sambal.

Sumber: Nooraini Nasaruddin

4.Puding Oreo Milo viral

Bahan-bahan:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 800 ml susu segar
  • 150 gram gula pasir
  • 8 keping biskut Oreo (dibuang krim)
  • 2 sudu besar Milo

cara-cara membuatnya pula:

  1. Satukan serbuk agar-agar, susu segar dan gula pasir di dalam periuk. Masak pada api sederhana sehingga mendidih. Kacau sehingga sebati.
  2. Buangkan krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut sehingga agak kasar dan tidak terlalu halus.
  3. Letakkan sedikit air di acuan supaya puding mudah dikeluarkan.
  4. Masukkan biskut Oreo yang dipecahkan ke dalam acuan.
  5. Asingkan 1/4 agar-agar susu untuk dicampurkan dengan serbuk Milo.
  6. Tapis lebihan agar-agar ke dalam acuan.
  7. Dengan menggunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
  8. Panaskan 1/4 dari agar-agar susu tadi dan masukkan milo. Kacau sehingga sebati.
  9. Tapis dan tuangkan secara perlahan di atas lapisan agar-agar Oreo tadi. Sejukkan.

Hasilnya, menyelerakan.. resepi yang sangat berbaloi untuk dicuba.

Sumber: Nuraslinda Bugal

5.Basque Burnt Cheesecake / kek keju hangus

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram keju krim (suhu bilik)
  • 300 gram gula halus
  • 7 biji telur
  • 500 gram whipped cream
  • 30 gram tepung gandum

Caranya:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
  2. Sediakan bekas springform dan alaskan dengan kertas minyak (parchment paper).
  3. Balutkan bahagian luar bekas dengan pembalut aluminium pula.
  4. Putarkan cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan telur satu demi satu.
  6. Masukkan whipping cream dan gaulkan sehingga kembang.
  7. Ayakkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati.
  8. Masukkan kek ke dalam bekas springform yang dialaskan dengan kertas minyak.
  9. Bakarkan kek pada 200°C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek sudah bertukar menjadi warna coklat gelap.
  10. Biarkan kek sejuk di dalam ketuhar tanpa membuka pintu ketuhar.

Tips tambahan: Pasangkan setting api ketuhar kepada atas dan bawah. Pastikan kipas ketuhar juga ditutup.

Komen: Barang-barang seperti keju krim dan whipped cream selalunya boleh didapati di kedai bakery, dan pendapat admin berbaloi untuk buat sendiri sebab harga cheesecake agak mahal, dengan bahan-bahan yang dibeli sendiri boleh buat 3 atau 4 biji kek. Jimat juga musim-musim PKP ni. (kalau kedai bakery tak buka, sorry, try lepas habis Pkp la)

Sumber: Norlela Abdullah

This website uses cookies.