Satu Kampung Berkongsi Rezeki

Sebuah kampung di Sabah tular di media sosial apabila gambar mereka berkongsi rezeki mendapat perhatian dan dikongsi lebih dari 3000 orang.

Apa yang menarik, penduduk di sekitar kampung memberikan buah-buhan dan sayur-sayuran untuk diberi secara percuma kepada penduduk kampung. Ada yang meletakkan cili, pisang, soko dan lain-lain.

Budaya ini menjadi contoh lebih-lebih lagi kita berada dalam keadaan  ‘Perintah Kawalan Pergerakan’.

Daripada Facebook Fadzil Haji Aziz, beliau sangat menghormati dengan orang-orang di Kampung Pogunan, Penampang Sabah.

Daripada Facebook Mn Sinar pula, beliau  menyeru “Ayuh suburkan “Budaya Kongsi Rezeki” dalam setiap keluarga, kampung, taman, komuniti”

Rata-rata komen dari warganet memuji usaha penduduk kampung ini.

“Bagusnya, mulia hati semua orangkan..prihatin dgn keadaan covid 19”, kata Mutia Hany.

“Alhamdulillah…semoga murah rezeki mereka”, doa Ruby Shah.

This website uses cookies.