Sebahagian Kondominium Runtuh

sumber bernama

14 Feb 2020, Sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini, runtuh hari ini.

Setakat ini empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu, dan seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata runtuhan dilapor kira-kira 3 petang.

Difahamkan developer bertanggungjawab adalah Maxim Group

Sumber: Bernama dan Edgeprop

This website uses cookies.