‘Servis First Class’, Rakyat UK pun Kagum dengan Malaysia

Nampaknya KKM terus mengejutkan dunia dengan pencapaian terbaik mereka, kali ini KKM turun pula ke sebuah Flat di Jalan Masjid India bagi membuat ujian Covid19 kepada seluruh penduduk flat tersebut.

Difahamkan lebih 5000 penduduk menjalani screening test.  Penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion Wajib Jalani Saringan Covid19  yang diisytihar sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 7April.

Terdahulu, dua flat di kawasan ini dikawal ketat oleh pihak berkuasa berikutan terdapat 15 kes positif COVID-19.

” Truly remarkable outreach by Malaysian health workers to low-income families. We’re not seeing this kind of outreach in Yorkshire, not sure about the rest of the UK. @SteveTransform anything like this in London? ”

dan ini jawab Mr Steve

“No. There’s been a catastrophic failing on testing & contact tracing They’re only testing ppl in hospitals, & now some NHS staff. No public testing on request, let alone outreach If you want to get tested you basically have to be a Minister, a Royal, Idris Elba, or a Tiger”

Walaupun jawaban yang diberikan agak lucu, Malaysia membuktikan mereka tidak memilih bulu dalam merawat pesakit. Hal ini kemungkinan besar tidak berlaku walaupun di negara maju seperti UK,   KKM benar-benar memberikan kemudahan kesihatan secara menyeluruh tidak kira warganegara atau bukan warganegara, golongan kaya mahupun miskin. Malah ujian yang dijalankan adalah Percuma.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat secara keseluruhannya, Malaysia masih menjaga kebajikan warga asing walaupun berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti wabak dan kemerosotan ekonomi.

Dr Zulkifli menjawab berkenaan status warga asing yang kekurangan bantuan makanan dan perubatan. Beliau di bawah kementeriannya telah pun memberi pelbagai bantuan sejak permulaan MCO lagi.

Bertuah dan beruntung menjadi rakyat Malaysia Alhamdulillah

Sumber: Fifa Rahman

This website uses cookies.