Thailand mungkin sudah menjumpai penawar Corona virus

Kelegaan besar buat China apabila Thailand pada Ahad lalu mendakwa bahawa mereka telah berjaya merawat wanita berusia 71 tahun warga China, yang berada dalam keadaan kritikal selepas dia menghidap novel coronavirus.

Pesakit tersebut telah diberikan campuran dua ubat antiviral. Kementerian Kesihatan Awam Thailand yang mengadakan taklimat akhbar pada hari ahad mengatakan bahawa pesakit itu diberikan ubat antiviral yang asalnya digunakan untuk rawatan HIV dan influenza.

Selepas 48 jam pengambilan ubat tersebut, keadaan pesakit meningkat dengan ketara, Kriangsak Attipornwanich, seorang doktor di Hospital Rajavithi  yang merawat pesakit, memberitahu pemberita pada taklimat itu.

Ujian keputusan adalah negatif

Keputusan ujian pesakit untuk coronavirus 2019-nCoV juga adalah negatif, kata doktor. Bagaimanapun, para doktor Thailand ambil maklum bahawa China telah pun menguji ‘HIV drug’ sebagai ubat untuk novel coronavirus. Kejayaan kombinasi kedua-dua ubat antivirus ini juga akan dikongsi bersama dengan jurnal perubatan, kata pegawai Thailand kepada media.

Pada masa ini, di Thailand, terdapat sekurang-kurangnya 19 kes disahkan coronavirus, manakala terdapat lebih daripada 300 orang dalam senarai pemantauan.  Rawatan yang sama kini akan diuji pada pesakit lain juga.

Ubat yang dicadangkan untuk merawat

Untuk memerangi kecemasan coronavirus, kerajaan China dan pakar perubatan telah mengesyorkan ‘AbbVie’s fixed-dose HIV drug Kaletra’ juga dikenali sebagai Aluvia. Suruhanjaya Kesihatan Nasional China mencadangkan ubat HIV sebagai rawatan untuk radang paru-paru yang disebabkan oleh coronavirus baru, seperti yang dinyatakan dalam panduan klinikal yang dikemas kini.

Terdapat kebimbangan bahawa bilangan orang yang dijangkiti dengan coronavirus di China mungkin lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan oleh China. Wabak ini telah merebak ke semua wilayah di tanah besar China, termasuk Tibet.

Seperti yang tercatat dalam angka rasmi, coronavirus telah meragut sekurang-kurangnya 305 nyawa dan yang dijangkiti adalah lebih daripada 14,300 di seluruh dunia dan terus merebak ke negara-negara lain.

Sumber: International Business Times

This website uses cookies.